* About Myself *
* Pautan * kakak Ani Abuzar Abang Lan Paiji-Kun Secret Hood Sajak BEST! Seapole Kamalsan iena ainul ilmik OP Pek Thong Shaliza Nailofar Arni B Brother Faiz Jeeper aljabal Mr Tajul Putra Bulan ustaznasrudin elmafraqi adinura alexumar humairaazzahra * ::Borak apa saja:: *
* Journal Silam * Berfikir. Menulis. |
* Monday, October 24, 2005 * ERTI KEHILANGAN Realiti 1 Abdul Rashid Fakriullah terpaksa berjalan selama 12 jam untuk sampai ke Muzaffarabad, ibunegeri Kashmir dibawah pentadbiran Pakistan. "Saya masih berpuasa walaupun terpaksa berjalan sejauh itu, malah saya tidak meninggalkan puasa walau sehari pun - termasuk pada hari berlakunya gempabumi" tambahnya lagi. Abang Abdul Rashid, isteri serta sepupunya merupakan antara ribuan manusia yang menjadi mangsa gempabumi. Hampir 25 000 penduduk dimana Abdul Rashid tinggal telah terkorban. Setakat ini sejumlah 50 000 orang dipercayai terkorban dalam kejadian tersebut. "Eid (Hari Raya) kali ini kami tidak punya apa-apa. Kami kehilangan rumah, tidak mempunyai makanan mahupun pakaian...tiada yang istimewa..." Realiti 2 "Sunyilah..sunyi.." jawab Pak Lah pendek apabila ditanya oleh wartawan bagaimanakah keadaan beliau sehari selepas pemergian isteri tersayangnya Datin Paduka Seri Hendon. Dengan nada lembut bercampur sedih beliau menyambung "Semalam (Khamis) saya tidur awal kerana sudah dua hari saya tak tidur langsung" Kehilangan Datin Seri amat beliau rasai. Selepas hari pengkebumian, Pak Lah tetap setia mengunjungi pusara isterinya pada hari-hari berikutnya. Ramai daripada kita masih belum diuji dengan sesuatu kehilangan yang besar.Saya hanya pernah kehilangan handphone dan dompet yang saya tertinggal dalam kereta yang tidak dikunci. Apa yang menyedihkan, barangan tersebut dicuri semasa saya sedang menunaikan solat subuh dimasjid. Ketika itu hati saya memberontak kenapa saya diuji sebegitu rupa! Pada masa itu saya menganggap barangan tersebut amat berharga dan kehilangannya amat saya kesali. Namun jika dibandingkan dengan dua kisah diatas, kita pasti akur, apa yang berlaku keatas diri kita hanyalah merupakan satu titik dalam rantaian realiti kehidupan. Hakikatnya life is not always smooth sailing. Oleh itu marilah kita sama-sama berusaha melengkapkan diri agar kita lebih bersedia "menerima" kehilangan yang lebih besar dimasa-masa yang akan datang. |
Abang Ahmad |