* About Myself *


* Pautan *

Secret
kakak Ani
Abuzar
Abang Lan
Paiji-Kun
Secret Hood
Sajak BEST!
Seapole
Kamalsan
iena
ainul
ilmik
OP
Pek Thong
Shaliza
Nailofar
Arni B
Brother Faiz
Jeeper
aljabal
Mr Tajul
Putra Bulan
ustaznasrudin
elmafraqi
adinura
alexumar
humairaazzahra

* ::Borak apa saja:: *

* Journal Silam *

  • October 2005
  • December 2005
  • March 2006
  • April 2006
  • January 2007
  • February 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • November 2007
  • Berfikir. Menulis.

    * Tuesday, December 27, 2005 *

    PP Dalam Kenangan (2)

    Teksi yang kami naiki bergerak macam semut ditengah-tengah pekan Pasir Mas yang begitu sesak dengan kenderaan dari merata pelusuk negara. Suasana begitu meriah, dengan pelbagai poster, kain rentang,bendera, pintu gerbang, hiasan dan pelbagai lagi seolah-olah satu pesta sedang dilangsungkan. "Abang mengundi sini ke?" Saya memulakan perbualan dengan sipemandu teksi." "Dok. Saya bukan orang sini." Jawabnya dalam loghat Kelate+KL. "Abang rasa siapa boleh menang kali ni?" Saya merisik lagi."Susoh nak cakap..50:50..Tapi kalau boleh biarlah bule yang menang." Secara spontan saya menjawab,"InsyaAllah kita sama-sama doakan. Tok Guru tu baik orangnya.Abang tau tak, kat KL tu ramai yang minat Tok Guru."
    Kami kini menghampiri destinasi. Kelihatan banyak kereta didalam dan luar kawasan Masjid. Kami turun berhampiran pagar utama Masjid dimana zawjah telah sedia menunggu.

    Selepas solat zohor saya menyertai konvoi berjumpa dan beramah mesra dengan penduduk-penduduk kampung di sekitar Slow Machang. Rumah-rumah yang kami kunjungi agak daif. Namun penghuninya menerima rombongan kami dengan mesra dan hati terbuka.
    Begitulah jadual saya pada hari-hari berikutnya. Kebanyakan masa saya mengikuti rombongan muslimat muda memasuki kawasan desa, pagi dan petang. Saya amat mengkagumi kegigihan dan kesungguhan muslimat-muslimat muda yang begitu komited dengan tugasan mereka. Ada yang memandu van besar yang bukan power stering! Saya hanya menyedari kesukaran memandu van tersebut ketika mengangkut para petugas.Amat sukar untuk manoeuvre van tersebut apatah lagi dijalan kampung yang sempit! Pernah berlaku van yang mereka naiki kehabisan minyak di tengah kampung dan ada pula yang tersesat jalan berjam-jam lamanya.

    Mereka akan sering balik lewat malam, disusuli dengan mesyuarat dan perbincangan yang berakhir awal pagi. Pada saya inilah petugas-petugas jemaah yang benar-benar menghayati perjuangan. Mereka inilah yang sepatutnya dihargai, walaupun kerja-kerja yang mereka lakukan bukan glamorous, namun mereka tetap istiqamah menghadapi pelbagai rintangan luaran dan dalaman,

    Pengalaman ini mengingatkan saya kembali semasa di US, ketika travelling bersama "brothers" dan "sisters" ke program tahunan perjumpaan pelajar-pelajar Islam di sana i.e Winter Gathering. Ketika zaman muda dulu kami sanggup berkonvoi merentasi beribu batu perjalanan merentasi US menuju ke destinasi yang dituju! Namun perbezaan yang ketara ialah suasana yang dihadapi. DiUS ianya hanya teori, tetapi diPP... merupakan satu practical(realiti).

    posted by 40 something 11:50 AM||

    * * * * * * * * *

    Abang Ahmad