* About Myself *


* Pautan *

Secret
kakak Ani
Abuzar
Abang Lan
Paiji-Kun
Secret Hood
Sajak BEST!
Seapole
Kamalsan
iena
ainul
ilmik
OP
Pek Thong
Shaliza
Nailofar
Arni B
Brother Faiz
Jeeper
aljabal
Mr Tajul
Putra Bulan
ustaznasrudin
elmafraqi
adinura
alexumar
humairaazzahra

* ::Borak apa saja:: *

* Journal Silam *

  • October 2005
  • December 2005
  • March 2006
  • April 2006
  • January 2007
  • February 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • November 2007
  • Berfikir. Menulis.

    * Monday, October 24, 2005 *

    ERTI KEHILANGAN

    Realiti 1

    Abdul Rashid Fakriullah terpaksa berjalan selama 12 jam untuk sampai ke Muzaffarabad, ibunegeri Kashmir dibawah pentadbiran Pakistan. "Saya masih berpuasa walaupun terpaksa berjalan sejauh itu, malah saya tidak meninggalkan puasa walau sehari pun - termasuk pada hari berlakunya gempabumi" tambahnya lagi.

    Abang Abdul Rashid, isteri serta sepupunya merupakan antara ribuan manusia yang menjadi mangsa gempabumi. Hampir 25 000 penduduk dimana Abdul Rashid tinggal telah terkorban. Setakat ini sejumlah 50 000 orang dipercayai terkorban dalam kejadian tersebut.

    "Eid (Hari Raya) kali ini kami tidak punya apa-apa. Kami kehilangan rumah, tidak mempunyai makanan mahupun pakaian...tiada yang istimewa..."


    Realiti 2

    "Sunyilah..sunyi.." jawab Pak Lah pendek apabila ditanya oleh wartawan bagaimanakah keadaan beliau sehari selepas pemergian isteri tersayangnya Datin Paduka Seri Hendon. Dengan nada lembut bercampur sedih beliau menyambung "Semalam (Khamis) saya tidur awal kerana sudah dua hari saya tak tidur langsung"

    Kehilangan Datin Seri amat beliau rasai. Selepas hari pengkebumian, Pak Lah tetap setia mengunjungi pusara isterinya pada hari-hari berikutnya.


    Ramai daripada kita masih belum diuji dengan sesuatu kehilangan yang besar.Saya hanya pernah kehilangan handphone dan dompet yang saya tertinggal dalam kereta yang tidak dikunci. Apa yang menyedihkan, barangan tersebut dicuri semasa saya sedang menunaikan solat subuh dimasjid. Ketika itu hati saya memberontak kenapa saya diuji sebegitu rupa!

    Pada masa itu saya menganggap barangan tersebut amat berharga dan kehilangannya amat saya kesali. Namun jika dibandingkan dengan dua kisah diatas, kita pasti akur, apa yang berlaku keatas diri kita hanyalah merupakan satu titik dalam rantaian realiti kehidupan.

    Hakikatnya life is not always smooth sailing. Oleh itu marilah kita sama-sama berusaha melengkapkan diri agar kita lebih bersedia "menerima" kehilangan yang lebih besar dimasa-masa yang akan datang.

    posted by 40 something 1:05 PM||

    * * * * * * * * *

    * Thursday, October 20, 2005 *

    I HATE DOING "DONKEY JOB"!


    Anda pernah merungut dengan mengeluarkan kenyataan seperti diatas? Luahan sebegini memang sering terdengar ditempat-tempat kerja apabila kita disuruh oleh bos membuat kerja-kerja yang tidak ada kena mengena dengan job spec. kita atau kerja yang disuruh itu merupakan perkara sampingan. Perasaan ini timbul bukan kerana kita bersikap sombong diri, cuma ianya merupakan manifestasi rasa tidak puas hati kerana "terpaksa" melakukan kerja-kerja yang bersifat boring, tak glamour, repeatitive,remeh dan tidak challenging. Dan kita sering beranggapan tugasan tersebut sepatutnya diberikan kepada orang lain.

    Namun begitu, sekiranya kita menyorot kisah-kisah orang yang berjaya khususnya dalam bidang perniagaan, mereka ini memulakan kerjaya sebagai orang bawahan dengan melakukan kerja-kerja yang dianggap sebagai "donkey job". Sebenarnya pengalaman ini amat berharga kerana apabila mereka mengetuai syarikat mereka sendiri, mereka telah menjadi well-verse with the trade from A-Z. Masaalah pekerja-pekerja bawahan, pertengahan dan atasan juga mudah mereka fahami dan atasi kerana mereka telah melalui semuanya. Dan dengan organisasi yang mantap ini mereka telah mencipta kejayaan. Namun perlu diingat! Sesuatu kejayaan itu hanya akan tercapai dalam waktu yang panjang dan kita terlebih dahulu PASTI berhadapan pelbagai tribulasi demi tribulasi. There is no short-cut in life!!!

    Kesimpulannya, anggaplah tugasan "donkey job" ini sebagai satu latihan pemantapan dan kesabaran diri sebelum anda diberikan tugas dan tanggungjawab yang lebih besar. Pendedahan seumpama ini diperingkat awal karier anda, akan satu hari nanti membentuk anda menjadi seorang pengurus atau pemimpin yang lebih kaya dengan pengalaman,yang lebih terbuka pemikirannya dan yang lebih tinggi akhlaknya dalam hubungan sesama manusia.

    posted by 40 something 12:25 AM||

    * * * * * * * * *

    * Monday, October 17, 2005 *

    FENOMENA MAWI

    Pagi semalam anak bongsu saya bermain komputer dengan berlatarbelakangkan lagu nyanyian Mawi daripada album Best of Mawi World (tak beli..pinjam je!..he..he). Memang best suara Mawi ni apatah lagi apabila dia menyanyikan lagu-lagu seperti Seroja, Intifadah, Pergi Tak Kembali, Kekasih Awal dan Akhir (teringat zaman muda-muda..).

    Ketika lagu Beautiful Maria berkumandang, anak saya berjalan menuju kearah saya yang sedang baring diatas katil. "Ayah, apa dia makna "hunger for your kiss?" Dia ingin tahu maksud lirik lagu tersebut. "Aaa? Err... tak ada apa lah dik. Tak baguslah makna dia tu..tak payahlah dengar lagu tu lagi!" Jawab saya secara defensif walaupun saya tahu ianya bukan satu langkah yang bijak. Dia pun berjalan balik ke arah meja komputer.

    Sebelah petangnya dia mengikut saya melawat dua orang kakaknya diasrama yang terletak dipinggir ibukota. Dalam perjalanan dia mengajukan soalan yang sama tapi dalam bentuk yang berbeza. "ayah..hunger tu apa?" Saya tahu dia tak puas hati dengan jawapan yang saya beri pagi tadi. Tapi kali ini saya lebih bersedia. "Hunger tu maknanya lapar atau kelaparan. Tapi...kalau dalam lagu yang yang adik dengar tu, maksudnya...err... merindui." "Hah? Merindui.... your kiss?" Dia terperanjat sekali. "Eewww!! grossnya.." Sambung nya lagi dengan reaksi muka yang geli-geleman. "Ha...sebab tulah ayah kata tadi, tak payahlah dengar lagu tu!" Dia kemudiannya ketawa besar mendengarkan penjelasan saya itu.

    posted by 40 something 11:54 PM||

    * * * * * * * * *

    * Saturday, October 15, 2005 *

    JOKE OF THE DAY

    Alkisah di tempat bernama Hospital Bahagia Tanjung Cempedak, penghuninya terlampau ramai sehinggakan bersesak-sesak. Maka diputuskan oleh pihak berwajib untuk memindahkan kesemua mereka ke tempat baru di Pulau Cendana. Maka disediakan satu pesawat khas untuk mengangkut para penghuni ke sana. Ketika penerbangan, maka riuh-rendahlah para penumpang yang terdiri daripada pesakit-pesakit mental tersebut. Ada yang menjerit, ada yang menangis, ada yang melompat-lompat atas kerusi dan ada yang bertumbuk. Sipilot yang memandu kapalterbang menjadi marah lalu mengarahkan co-pilot untuk mengawal keadaan.

    Maka pergilah co-pilot dengan rasa berat hati untuk menenangkan mereka. Puas dipujuk, puas dimarah namun situasi menjadi lebih teruk, sehinggakan ada yang cuba menjerut leher mereka dengan talipinggang tempat duduk(seatbelt). Dalam keadaan co-pilot merasa tak tahu apa nak dibuat, tiba-tiba ia disapa oleh salah seorang penumpang yang agak sederhana perwatakannya. "Kapten, ginilah...hanya orang tak betul saja yang boleh berkomunikasi dengan orang tak betul..biar saya saja yang memujuk mereka ni. Saya ni walaupun pesakit mental, tapi keadaan saya dah semakin baik. Lihatlah saya, duduk diam-diam je kat sini, bukan macam yang lain."Co-pilot yang semakin bingung hanya menganguk-anggukkan kepala tanda setuju.

    10 minit kemudian, keadaan menjadi tenteram semula, sunyi senyap tanpa ada sebarang bunyi. Pilot tadi bertanyakan kepada co-pilotnya. "Apa yang kau cakap kat mereka tadi? Tiba-tiba je senyap." Co-pilot yang turut hairan dengan situasi tersebut keluar dari cockpit untuk berjumpa dengan penumpang. Alangkah terkejutnya si co pilot apabila melihat hanya orang yang volunteer nak tolong tadi tinggal keseorangan. "Eh..encik mana pergi penumpang yang lain?" Soal si co-pilot. "Kapten! Saya cakap kat mereka, kapten marah sebab mereka bising kat dalam kapalterbang. Jadi saya suruhlah mereka main kat luar!!!" Terlopong mulut sipilot tu mendengar jawapan tersebut....

    posted by 40 something 1:00 AM||

    * * * * * * * * *

    * Thursday, October 13, 2005 *

    ALAHAI SIANAK BONGSU!

    Menjadi kebiasaaan anak bongsu kami tidur bersama terutama pada hari bukan sekolah. Pada satu malam kami sedang bersiap-siap untuk tidur. Anak kami baring ditengah-tengah, diapit oleh saya disebelah kanan dan isteri disebelah kiri. Setelah comforter ditarik, dia secara spontan berpusing kearah saya dan memeluk saya erat. Isteri saya yang masih belum lelap terus mengusik, " Wah....adik, tidur peluk ayah je...tak sayang mak lagi?" Mungkin menyedari "kesilapannya" dia lalu menjawab, "Emak...kan Nabi Muhammad suka tidur sebelah kanan. Sebab tu adik pusing kanan peluk ayah!" Kami memandang antara satu sama lain sambil ketawa. Dalam hati saya berkata pandai betul anak aku ni menjawab nak ambik hati siibu.

    Begitulah perangai anak bongsu kami. Dia memang bias habis towards ibunya. Dalam situasi dimana ia harus memilih untuk menjaga hati saya atau ibunya, dia TETAP berpihak kepada ibunya walaupun perkara yang dibuat oleh siibu boleh dipertikai!! Begitulah nasib siayah.........

    posted by 40 something 3:27 AM||

    * * * * * * * * *

    * Tuesday, October 11, 2005 *

    MENCARI KEBAHAGIAAN


    Ketika sedang memandu pulang dari kampung, sepasang suami isteri ternampak satu keluarga tiga beranak sedang menaiki basikal sambil ketawa ditengah sawah bendang. Kelihatan begitu gembira sekali keluarga tersebut walaupun hanya dengan berbasikal buruk dan bekerja sebagai pesawah. "Abang, lihat tu, walaupun hidup dalam keadaan susah, mereka begitu bahagia sekali.Kita ni bisnes juta-juta, rumah banglo sana sini, kereta mewah tak terpakai semua,ada yang dok tersadai kat garage, tapi hidup kita masih tak bahagia jugak. Baik duduk kat kampung je bang....serabut rasanya nak balik KL ni!" Suaminya yang sedang memandu, hanya diam membisu sambil memerhatikan gelagat keluarga tersebut.

    Si pesawah tadi yang sedang turun daripada basikal, terpandang akan kereta Mercedes Class S yang berwarna hitam metallic melintas dengan megah dihadapan mereka. Sambil mengangkat anak kecilnya daripada dukungan isterinya dia berkata, "Mah..tengok depa tu, kalaulah kita dapat kereta sebesaq tu, bahagianya abang, tak payah naik basikal tua ni lagi. Duduk kat bandaq tu mesti seronok kan Mah, kat kampung ni apa ada?" Si isteri hanya senyum sambil menyapu peluh didahi suaminya.

    Kisah diatas memberi gambaran bahawa setiap orang mempunyai tanggapan yang berbeza mengenai perkara yang dapat membahagiakan mereka. Selalunya kebahagiaan itu di kaitkan dengan material, wang ringgit, pangkat dan pasangan hidup. Namun cuba kita imbas kembali kehidupan kita secara jujur, seringkali kita masih tidak bahagia walaupun telah mendapat apa yang kita mahu. Mengapakah ini masih berlaku?

    Sebenarnya kebahagiaan itu adalah milik Allah swt. Dialah yang "menganugerahkan" kebahagiaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya tanpa mengira status dan latarbelakang hambaNya.... Orang yang naik LRT pun boleh bahagia jika dibandingkan dengan orang yang berkereta ke pejabat. Anda pernah melihat muka sipemandu kereta yang terperangkap dalam trafik jam?

    Oleh itu dalam bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita sama-sama berusaha mendampingi dan mendekati kepadaNya dengan melipatgandakan ibadah kita. Semuga Allah swt akan "mencampakkan" kedalam hati kita rasa bahagia walaupun kita berada dalam keadaan apa sekali pun:- sakit, sihat, pokai, dapat bonus, sedang mencari cinta, merancang perkahwinan, tension kerja, boss tak appreciate,kereta selalu rosak...and the list goes on and on...

    posted by 40 something 3:43 PM||

    * * * * * * * * *

    * Monday, October 10, 2005 *

    DON'T BE A GARBAGE COLLECTOR

    Sebagai manusia biasa kita mudah terganggu dengan komen, teguran dan prasangka orang lain terhadap kita. Lebih memilukan lagi apabila teguran yang dibuat tidak berdasarkan kepada fakta yang betul dan yang menegur itu pula orang yang rapat dengan kita. Sekiranya perkara yang dikomen itu adalah betul, mungkin hati ini tidak terguris sebegitu rupa.

    Namun inilah yang dinamakan kehidupan. Mustahil kita akan bebas daripada prasangka orang lain unless kita rela duduk sorang-sorang dalam gua...........

    Cara terbaik untuk kita tidak merasa depress dengan komen-komen sebegini ialah dengan menganggap input-input yang kita terima itu sebagai garbage. Sampah-sarap ini jika dibiarkan berkumpul, akan pasti mencemari fikiran kita.

    Bayangkan senario ini, sekiranya anda membiarkan sampah sarap dibawa masuk ke dalam rumah dan dibiarkan berlonggok secara berterusan, maka sudah tentu keadaan rumah anda semakin kotor dan menjadi tidak sihat kepada penghuninya.

    So........ next time apabila kita berhadapan dengan situasi sebegini, please remember.... DON'T BE A GARBAGE COLLECTOR!!! Setiap garbage( negative input) yang sampai ketelinga kita, cepat-cepatlah kita "bakul sampah"kan, sebelum ianya mencemari dan mengotori fikiran kita.

    posted by 40 something 1:41 AM||

    * * * * * * * * *

    * Friday, October 07, 2005 *

    Serupa Tapi Tak Sama

    Setelah selesai menunaikan solat subuh di masjid, saya bergegas pulang kehotel. Saya terima sms daripada daripada isteri, mintak beli ubat gigi, berus gigi dan sabun mandi. Benda-benda ni memang termasuk dalam senarai top-ten barangan yang sering lupa dibawa apabila menginap di hotel!

    Sambil memandu kereta dengan agak perlahan, mata saya melilau ke kiri dan ke kanan, mencari kalau-kalau ada kedai runcit yang sudah dibuka. Hati menjadi lega apabila ternampak kedai 7-Eleven lebih kurang 5m dihadapan.

    Sebaik saja melangkah kedalam, saya memandang sekeliling kedai. Hati saya terdetik, "emm....tak ada beza, sama macam 7-Eleven kat KL."Setelah meletakkan barang-barang yang diperlukan di atas kaunter, saya sengaja menuju ke bahagian belakang kedai yang terdapat pelbagai jenis minuman botol dan tin. Setelah puas dengan apa yang saya lihat, saya kembali semula ke kaunter untuk membuat bayaran.

    "Untung adik bekerja di 7-Eleven kat sini." saya memecahkan kesunyian pagi dalam kedai tersebut dengan menegur anak muda yang menjaga cashier. Kelihatan muka dia berkerut, mungkin tidak faham slang KL + Kelantan saya. "Adik tahu,
    7-Eleven kat KL tu penuh dengan arak. Yang jualnya pulak ramai budak-budak Melayu kita." sambung saya lagi. Mukanya berubah, mungkin dia mula faham telo bahasa saya. "Ini Kelantan kan, bang!" Anak muda ini menjawab dengan nada bangga dalam loghat Kelantan.

    Sambil tersenyum dan menganguk-anggukkan kepala, saya meninggalkan kedai tersebut. Disepanjang jalan pulang ke hotel, saya merasa cukup tenang memandu ditengah-tengah sebuah bandaraya Islam yang pertama di Malaysia yang bernama Kota Bahru.

    posted by 40 something 9:34 PM||

    * * * * * * * * *

    * Thursday, October 06, 2005 *

    SATU HARI DIBULAN RAMADHAN

    Lebih kurang jam 3.30 petang, saya menerima panggilan telefon dari rumah. Sipemanggilnya ialah anak bongsu saya yang kini bersekolah Tahun 2. Hari ni sekolahnya bercuti sempena hari pertama umat Islam di Malaysia menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia.

    Setelah memberi salam dia terus berkata dengan selamba, "Ayah,boleh tak adik bukak puasa sekejap, nanti adik sambung balik?" Dalam ketika saya sedang berserabut dengan kerja-kerja ofis yang agak lama tertinggal, saya ketawa secara spontan dengan soalan yang diajukan.

    "Adik cakap dengan emaklah" sambil menggelengkan kepala dan tersenyum, saya menghulurkan handphone kepada isteri saya yang sedang menghadap PC di bilik pejabat, mengemaskini email yang diterima daripada rakan-rakannya. Memang peel semulajadi seorang ayah, apabila gabra nak melayan kerenah anak-anak, maka di passkannya kepada si isteri.

    "Macam ni lah dik, adik jangan bukak puasa dulu, tunggu mak balik rumah, nanti kita keluar beli makanan favourite adik untuk berbuka. Sementara tu adik tengoklah cd cartoon yang mak beli tu dulu ye" "Tapi kalau adik nak bukak puasa sekarang jugak, emak tak larang..." Begitulah siibu menjawab dengan penuh diplomasi. Yang siayahnya pula masih belum berhenti ketawa mengingatkan kata-kata anaknya yang nak "bukak puasa sekejap, nanti sambung balik"

    Apabila sampai di rumah sekitar 6 petang, anak saya itu tidak jadi berbuka puasa, malah dia sedang bermain-main dengan abangnya di halaman rumah...

    Mungkin inilah natijahnya apabila melayan kerenah anak-anak secara berhemah. Sekiranya isteri saya memarahi terus anak bongsu kami ketika dia menalipon dan "memaksanya" berpuasa tanpa memberikannya peluang dan ruang untuk berfikir, maka saya percaya secebis kisah kehidupan yang dipaparkan ini mempunyai ending yang berbeza.

    posted by 40 something 2:14 PM||

    * * * * * * * * *

    Abang Ahmad