* About Myself *


* Pautan *

Secret
kakak Ani
Abuzar
Abang Lan
Paiji-Kun
Secret Hood
Sajak BEST!
Seapole
Kamalsan
iena
ainul
ilmik
OP
Pek Thong
Shaliza
Nailofar
Arni B
Brother Faiz
Jeeper
aljabal
Mr Tajul
Putra Bulan
ustaznasrudin
elmafraqi
adinura
alexumar
humairaazzahra

* ::Borak apa saja:: *

* Journal Silam *

  • October 2005
  • December 2005
  • March 2006
  • April 2006
  • January 2007
  • February 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • November 2007
  • Berfikir. Menulis.

    * Tuesday, March 07, 2006 *

    DON'T WORRY.....


    Sebagai manusia kita sering hidup berkeluh kesah, risau atau worry too much dengan pelbagai perkara. Cuba kita renungkan, ketika di alam persekolahan kita RISAU apabila hendak menghadapi peperiksaan. Selepas SPM kita RISAU samaada kita terpilih atau tidak untuk memasuki universiti. Selepas tamat pengajian di IPTA atau IPTS kita RISAU kalau-kalau tak dapat kerja. Setelah bekerja kita RISAU kalau boss tak suka kita. Apabila umur semakin meningkat kita RISAU kita belum berkahwin. Bila dah kahwin kita RISAU kalau tak dapat anak. Bila sudah lama hidup bersama kita RISAU pasangan kita tak setia. Bila anak-anak kita sudah membesar, kita RISAU tentang masa depan mereka. Dan tanpa di sedari kita terperangkap dalam the same vicious cycle all over again!!!

    Kita sebenarnya banyak menghabiskan masa melayan perasaan RISAU. Ini belum mengambil kira perasaan RISAU yang menghantui kita in our everyday life. Kita RISAU kalau baju kita tak matching, kita RISAU kalau duit gaji kita tak cukup sampai akhir bulan, kita RISAU mungkin kenalan kita dah tak suka kita kerana dia tak balas sms, kita RISAU lauk di kedai yang kita selalu makan dah habis sebab kita keluar lunch lambat, kita RISAU kalau hujan lebat sebelah petang kita balik rumah lewat sebab trafik jam dan macam-macam lagi. Pendek kata hidup kita ni tak pernah sunyi daripada merasa RISAU!!!

    Tetapi apa yang menarik ialah menurut satu kajian yang saya pernah terbaca dalam sebuah buku, 80%-90% perkara yang kita risaukan itu TIDAK akan berlaku. Oleh itu buat apa kita perlu tension, sedih, boring, atau memendam perasaan hanya kerana kita risaukan sesuatu yang 80%-90%TIDAK akan berlaku. So....lain kali bila kita mula nak rasa RISAU, stop...jangan layan!!! Cepat-cepat segarkan minda kita dengan perasaan ceria, positive thinking dan stay cool.
    JOM kita mulakan hari ini dengan worry-free!!

    posted by 40 something 8:50 AM||

    * * * * * * * * *

    Abang Ahmad