* About Myself *


* Pautan *

Secret
kakak Ani
Abuzar
Abang Lan
Paiji-Kun
Secret Hood
Sajak BEST!
Seapole
Kamalsan
iena
ainul
ilmik
OP
Pek Thong
Shaliza
Nailofar
Arni B
Brother Faiz
Jeeper
aljabal
Mr Tajul
Putra Bulan
ustaznasrudin
elmafraqi
adinura
alexumar
humairaazzahra

* ::Borak apa saja:: *

* Journal Silam *

  • October 2005
  • December 2005
  • March 2006
  • April 2006
  • January 2007
  • February 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • November 2007
  • Berfikir. Menulis.

    * Tuesday, November 20, 2007 *

    Leaders Invest Power in Others

    Leading isn't about controlling; it's about releasing. Good leaders give their power away. They look for good people, and they invest in them to the point where they can be released and empowered to perform. That process is not smooth. It is often messy, and it cannot be controlled. The better the leaders, the more delighted they are to see members of the team finding their own new ways to get things done. And in the case of the best leaders...if some of the people outshine the leaders who empowered them, then all the better. (Lead-Up Principle #4 –The 360 Degree Leader by John C. Maxwell)

    posted by 40 something 10:45 AM||

    * * * * * * * * *

    * Thursday, November 15, 2007 *


    KAMI JUGA PANTANG DICABAR.....

    Dalam perjalanan ke ibukota pagi 10Nov07, aku sempat membeli suratkhabar Utusan Malaysia dimana tajuk beritanya terpampang jelas "Saya Pantang Dicabar…". Begitulah amaran Pak Lah (ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir perhimpunan UMNO) kepada penganjur BERSIH yang bertekad mahu meneruskan perhimpunan aman di Dataran Merdeka walaupun tidak mendapat permit polis.
    "Siapalah bagi advice kat Pak Lah cakap macam ni...nanti termakan diri.." Ujarku kepada isteri dan puteri sulung sambil merasa agak teruja dengan cabaran tersebut.

    Sekitar 2:30pm kami bertiga berada dipenghujung jalan Tuanku Abdul Rahman bersama ratusan orang lain. Dihadapan kami puluhan ahli FRU dan pihak polis yang lengkap berbaton dan bersenjata api membuat barricade, menghalang peserta perhimpunan menuju ke Dataran Merdeka. Beberapa minit kemudian tiba beberapa buah trak FRU dan trak water-canon yang kemudiannya berpatah arah, balik menuju ke Masjid Jamek tempat berkumpulnya ramai peserta perhimpunan dari Selangor,Wilayah dan Pahang. Dari tempat aku berdiri, aku dapat melihat trak water-canon mula memancutkan air asid tanpa ehsan.

    Hujan lebat mula turun dan kami bergegas ke kawasan bazaar Masjid India untuk membeli payung. Sementara kami mencongak langkah yang seterusnya tiba-tiba muncul segerombolan muslimin serta muslimat muda dari arah Masjid India. Kami mengambil keputusan untuk menyertai kumpulan tersebut. Ditengah hujan lebat, kumpulan kami menyusuri lorong-lorong belakang kedai untuk mengelak diserbu FRU dan polis. Melihatkan semangat kental muslimat muda yang sudah basah kuyup, aku pun menjerit kepada mereka yang berteduh di kaki lima kedai "Jom...join kami..muslimat pun dah habis basah ni..."

    Didalam perjalanan, kami terserempak dengan seorang muslimat muda yang sedang terbaring kesakitan disebabkan kekejangan otot. Zawjati segera mendapatkan bantuan sebuah kereta untuk memindahkan muslimat tersebut ketempat yang lebih sesuai. Apabila sampai di Masjid Negara, kumpulan kami bergabung dengan ribuan peserta lain yang telah sedia berhimpun disitu dan terus berjalan beramai-ramai menuju Istana Negara. Setibanya di hadapan Istana Negara, gelombang kuning melimpahi lebuhraya. Walaupun dikepung dengan ratusan FRU dan polis berserta 2 biji helikopter berlegar diatas udara membingitkan keadaan, diselang-seli pula dengan kelantangan suara pimpinan menyampaikan ucapan, aku dapat merasakan suasana petang itu amat hening dan tenang sekali. Didalam hujan gerimis, puluhan ribu manusia yang terdiri daripada orang tua, orang muda, anak-anak tanpa mengira gender, bangsa dan agama TERUS tidak berganjak sehinggalah Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dan DSAI mengakhiri perhimpunan tersebut setelah berucap dan memaklumkan bahawa memorandum BERSIH telah selamat diterima oleh pihak istana, Alhamdulillah.

    Didalam perjalanan pulang aku sekeluarga sempat singgah di sebuah restoran mamak di Jalan Kampung Attap untuk melepaskan lelah. Sambil menghirup milo panas aku terpandang puteri sulungku melabuhkan kepalanya diatas meja, keletihan. Hatiku berbisik "Terima kasih puteriku, kerana ikut bersama ayah dan emak ke perhimpunan yang amat bermakna ini." Berjalan kaki hampir sejauh 15km didalam hujan lebat serta berpuasa 6 Syawal (hari terakhir) bukannya perkara mudah untuk gadis muda berusia 16 tahun. I'm really proud of her. Terbayang semasa usia semuda itu aku langsung tak ambil pot pasal apa-apa kecuali asyik keluar-masuk panggung wayang dan dengar lagu rock.
    Syabas puteriku! Syabas untuk semua mereka yang hadir! Cabaran Pak Lah terbalas sudah dengan berakhirnya perhimpunan BERSIH yang aman lagi bersejarah itu.
    DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

    posted by 40 something 7:54 PM||

    * * * * * * * * *

    Abang Ahmad