* About Myself *


* Pautan *

Secret
kakak Ani
Abuzar
Abang Lan
Paiji-Kun
Secret Hood
Sajak BEST!
Seapole
Kamalsan
iena
ainul
ilmik
OP
Pek Thong
Shaliza
Nailofar
Arni B
Brother Faiz
Jeeper
aljabal
Mr Tajul
Putra Bulan
ustaznasrudin
elmafraqi
adinura
alexumar
humairaazzahra

* ::Borak apa saja:: *

* Journal Silam *

  • October 2005
  • December 2005
  • March 2006
  • April 2006
  • January 2007
  • February 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • November 2007
  • Berfikir. Menulis.

    * Tuesday, August 07, 2007 *

    DOA BUAT DJW & FRIENDS


    Sekiranya anda melalui setesen LRT pada lewat malam (sekitar 12 midnite & above) dan terserempak dengan anak-anak muda yang kelihatan manis menutup aurat, sedang menghidupkan enjin dan bersedia untuk membonceng motosikal, maka jangan lupa doakan untuk mereka. Anak-anak muda ini sebenarnya baru selesai menghadiri mesyuarat dan aktiviti yang seringkali berakhir lewat malam. Balik menaiki LRT dan seterusnya pulang kerumah menunggang motorsikal mereka yang diletakkan di tempat pakir yang disediakan.

    Jikalau gadis remaja lain sibuk menghabiskan masa dengan berhibur, bersuka-ria dan membuat kerja yang hanya bermanafaat untuk diri sendiri, tetapi sebaliknya golongan muslimah muda ini sanggup berkorban masa dan tenaga tanpa menghiraukan kepentingan diri, demi untuk kesejahteraan ummah.

    Hujung minggu mereka bukannya dipenuhi dengan window-shopping di OU, Mid-Valley, The Curve atau lain-lain tetapi pada hari Sabtu dan Ahad mereka dihabiskan dengan program dan aktiviti-aktiviti bersama adik-adik (yang mula tertarik dengan keindahan dan kesyumulan Islam).

    Oleh itu jangan lupa doakan untuk mereka dan muslimat muda yang lain, walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai realiti kehidupan, pelbagai ragam kawan serumah, kawan seofis mahupun ahli keluarga yang mungkin tidak faham dengan matlamat hidup mereka, namun mereka terus bersabar menggenggam erat tali Allah. Sesungguhnya mereka ini adalah mutiara-mutiara terpilih yang merupakan penyambung kepada matarantai perjuangan Rasulullah s.a.w


    Doakan kebahagiaan mereka dunia akhirat, doakan mereka mendapat jodoh yang terbaik, doakan mereka istiqamah menghadapi mehnah dalam perjuangan dan akhir sekali doakan mereka agar nanti dapat berhimpun di Jannah bersama rakan-rakan seperjuangan, menikmati segala keseronokan, segala kegembiraan dan segala kemewahan yang mereka tidak sempat kecapi kerana sibuk berjuang sejak dari usia yang masih muda. Amin.

    posted by 40 something 11:09 AM||

    * * * * * * * * *

    * Saturday, August 04, 2007 *

    Penyakit TB (Takut Bini)

    Seorang pakar motivasi Dr. Jebat ketika hendak memulakan sesi ceramahnya telah melontarkan soalan kepada para peserta yang hadir dalam seminar tersebut."Sesiapa diantara kamu yang ada didepan saya ini mengidap penyakit TB, sila pindah ketempat duduk yang disediakan disebelah kanan dewan." Maka bergegaslah semua para peserta bangun untuk berpindah ke tempat duduk khas yang disediakan, kecuali seorang lelaki yang kelihatan agak gelisah.

    Melihatkan keadaan lelaki tersebut, pakar motivasi itu terus menghampirinya. "Encik ni tak ada masaalah TB ke? Kalau no problem, encik tak perlu datang ke seminar saya ini" Jelas Dr.Jebat. Dalam nada suara yang tersekat-sekat lelaki tersebut menjawab, "Err.....Dr.... saya sebenarnya dah lama mengidap penyakit TB ni..lebih 10 tahun!" "Habis...kenapa encik tak pindah ke tempat duduk yang disediakan seperti peserta lain?" Tanya Dr Jebat kehairanan. "Sebenarnya...isteri saya dah pesan kat rumah tadi, kalau masuk dewan nanti, duduk diam-diam, jangan pindah tempat sana-sini...."

    Komen: Hehe....ini kes berat punya TB...


    posted by 40 something 3:00 PM||

    * * * * * * * * *

    * Friday, August 03, 2007 *

    AUNI.....YA.....AUNI

    Tonite finally Grandpa dapat jumpa Auni! She's so amazingly cute.....
    Auni and her parents came over for a visit. Here is the picture of Auni sleeping cozyly on the sofa.

    posted by 40 something 10:45 PM||

    * * * * * * * * *

    Abang Ahmad