* About Myself *


* Pautan *

Secret
kakak Ani
Abuzar
Abang Lan
Paiji-Kun
Secret Hood
Sajak BEST!
Seapole
Kamalsan
iena
ainul
ilmik
OP
Pek Thong
Shaliza
Nailofar
Arni B
Brother Faiz
Jeeper
aljabal
Mr Tajul
Putra Bulan
ustaznasrudin
elmafraqi
adinura
alexumar
humairaazzahra

* ::Borak apa saja:: *

* Journal Silam *

  • October 2005
  • December 2005
  • March 2006
  • April 2006
  • January 2007
  • February 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • November 2007
  • Berfikir. Menulis.

    * Tuesday, December 27, 2005 *

    PP Dalam Kenangan (2)

    Teksi yang kami naiki bergerak macam semut ditengah-tengah pekan Pasir Mas yang begitu sesak dengan kenderaan dari merata pelusuk negara. Suasana begitu meriah, dengan pelbagai poster, kain rentang,bendera, pintu gerbang, hiasan dan pelbagai lagi seolah-olah satu pesta sedang dilangsungkan. "Abang mengundi sini ke?" Saya memulakan perbualan dengan sipemandu teksi." "Dok. Saya bukan orang sini." Jawabnya dalam loghat Kelate+KL. "Abang rasa siapa boleh menang kali ni?" Saya merisik lagi."Susoh nak cakap..50:50..Tapi kalau boleh biarlah bule yang menang." Secara spontan saya menjawab,"InsyaAllah kita sama-sama doakan. Tok Guru tu baik orangnya.Abang tau tak, kat KL tu ramai yang minat Tok Guru."
    Kami kini menghampiri destinasi. Kelihatan banyak kereta didalam dan luar kawasan Masjid. Kami turun berhampiran pagar utama Masjid dimana zawjah telah sedia menunggu.

    Selepas solat zohor saya menyertai konvoi berjumpa dan beramah mesra dengan penduduk-penduduk kampung di sekitar Slow Machang. Rumah-rumah yang kami kunjungi agak daif. Namun penghuninya menerima rombongan kami dengan mesra dan hati terbuka.
    Begitulah jadual saya pada hari-hari berikutnya. Kebanyakan masa saya mengikuti rombongan muslimat muda memasuki kawasan desa, pagi dan petang. Saya amat mengkagumi kegigihan dan kesungguhan muslimat-muslimat muda yang begitu komited dengan tugasan mereka. Ada yang memandu van besar yang bukan power stering! Saya hanya menyedari kesukaran memandu van tersebut ketika mengangkut para petugas.Amat sukar untuk manoeuvre van tersebut apatah lagi dijalan kampung yang sempit! Pernah berlaku van yang mereka naiki kehabisan minyak di tengah kampung dan ada pula yang tersesat jalan berjam-jam lamanya.

    Mereka akan sering balik lewat malam, disusuli dengan mesyuarat dan perbincangan yang berakhir awal pagi. Pada saya inilah petugas-petugas jemaah yang benar-benar menghayati perjuangan. Mereka inilah yang sepatutnya dihargai, walaupun kerja-kerja yang mereka lakukan bukan glamorous, namun mereka tetap istiqamah menghadapi pelbagai rintangan luaran dan dalaman,

    Pengalaman ini mengingatkan saya kembali semasa di US, ketika travelling bersama "brothers" dan "sisters" ke program tahunan perjumpaan pelajar-pelajar Islam di sana i.e Winter Gathering. Ketika zaman muda dulu kami sanggup berkonvoi merentasi beribu batu perjalanan merentasi US menuju ke destinasi yang dituju! Namun perbezaan yang ketara ialah suasana yang dihadapi. DiUS ianya hanya teori, tetapi diPP... merupakan satu practical(realiti).

    posted by 40 something 11:50 AM||

    * * * * * * * * *

    * Friday, December 16, 2005 *

    PP Dalam Kenangan (1)

    Perjalanan lebih 12 jam menaiki keretapi menuju ke Pasir Mas, Kelantan merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kali terakhir saya menaiki keretapi ialah semasa zaman student days.Saya ditemani anak perempuan sulung (Jaja) yang begitu bersungguh hendak ikut walaupun berkali-kali saya ingatkan, tujuan saya ke Pasir Mas bukanlah untuk vacation. Bertolak dari KL Sentral pada hari Sabtu lebih kurang jam 8.15malam, kami tiba sedikit lewat di setesen keretapi Pasir Mas pada 9.30pagi keesokan harinya.

    Di awal perjalanan kami menghabiskan masa dengan membaca buku yang dibeli dari KL Sentral. Belum pun jauh perjalanan, perut saya mula berkeroncong. Tanpa berlengah kami terus menjamu selera dengan nasi goreng yang dibungkus dari rumah. Sambil makan, kami disogokkan dengan tayangan videotape yang menyiarkan pelbagai rancangan termasuk movie. Namun agak mendukacitakan movie yang ditayangkan adalah cerita lama yang low budget dan low quality, dimana para pelakonnya, sorang pun tak kenal! The rest of the night kami banyak tidur. Sesekali terjaga akibat bunyi dan pergerakan gerabak keretapi yang agak ketara. Waktu subuh saya terbangun dan berhasrat untuk solat di surau yang disediakan. Saya dan Jaja harus berjalan melalui gerabak cafeteria untuk sampai ke surau. Semasa hendak melangkah masuk kegerabak tersebut, gegaran dan bunyi bising keretapi amat membengitkan. Sambil menoleh kepada Jaja saya berkata "macam dalam cerita Polar Express.."

    Saya tinggalkan Jaja di gerabak cafeteria sebab dia uzur, tak boleh solat. Apabila melangkah masuk di gerabak seterusnya dimana terletaknya surau, kelihatan lantai gerabak begitu basah. Rupa-rupanya tempat wuduk tersumbat dan bertakung. Ini menyebabkan air melimpah keluar ke ruang penumpang. Pakcik bersebelahan saya yang agak kecewa dengan keadaan kelam kabut dan bersesak itu berkata kepada saya, "Bagilah orang perempuan sembahyang dulu" Saya mengangguk sambil berfikir apalah salahnya KTM menyediakan satu gerabak khas untuk surau, bukan setakat satu ruang di sudut gerabak agar penumpang dapat menunaikan solat dengan lebih selesa!!

    Setelah mengambil wuduk dengan menggunakan air yang amat sedikit (untuk mengelakkan air melimpah keluar), saya kemudian kembali ke cafeteria bertemu Jaja.Saya mengambil keputusan untuk solat secara duduk. Setelah selesai solat kami bersarapan roti bakar dan air nescafe sambil menunggu untuk menikmati panorama indah terbitnya matahari pagi sebelum kembali ke gerabak kami.Kami merasa lega apabila mendengar pengumuman keretapi akan sampai ke setesen Pasir Mas. Badan mula terasa lenguh dan sakit-sakit namun hati ini merasa gembira kerana destinasi yang dituju semakin hampir.

    Setelah turun dari keretapi saya terus menelefon isteri saya yang telah berkampung di Pengkalan Pasir(PP) berminggu lamanya. Rupa-rupanya beliau telah menunggu sejak jam 8.15 pagi di setesen keretapi Pasir Mas. Oleh kerana keretapi lambat sampai, beliau terpaksa pergi dahulu kerana ada tugasan. Maka saya pun menaiki teksi bertemu beliau di Masjid Besar Pasir Mas.Kalau hendak menunggu beliau datang balik, ianya akan mengambil masa yang lama kerana jalan di tengah-tengah pekan Pasir Mas begitu sesak.

    posted by 40 something 1:56 AM||

    * * * * * * * * *

    Abang Ahmad